Monday, January 6, 2014

jika benar !!

jika benar kau kata kau cinta,
cintalah dengan penuh setia,
dan setialah dengan setiap tutur kata,

aku tak mahu kamu dilaknati,
kerana memungkiri setiap apa yang di janji,
jadilah seorang yang sentiasa menghormati,
menghormati setiap apa kemahuan diri,
sesungguhnya itu semua datang hati,
dan di situ terciptanya cinta sejati,

ku harapkan mu sebagai pelengkap diri,
di hantar Tuhan buat menemani,
membimbingku di kala sunyi,
menyedarkanku di kala sepi,

ku harap juga kau jadi imam sejati,
bersabar dengan setiap ujian yang diberi,
semoga kita sama sama menghadapi,
dalam mengejar cinta illahi,
semoga kita akan kekal abadi,
di Jannat nanti bertemu kembali .