Saturday, September 28, 2013

KASIH IBU tiada terperi

wujudnya aku kerana hebatnya KAMU
lahirnya aku kerana sabarnya dirimu
andaiku lihat peritnya menahan sakit
xkan sekaliku buat hati mu rasa perit

wahai insan,
9 bulan menahan sakit, lapar, dahaga
sedetik lahir terserlah ceria di mata
anugerah tuhan pengubat luka yang perlu di jaga
di saat wujud menyambar di bumi yang nyata
bermulalah lahir permata pengikat cinta

duhai insan,
andaikau tahu setianya dia di kala malam bertamu
xkan dirimu membuat dia rasa jemu
andaikau tahu kasihnya dia bila merindu
xkan kau buat dia untuk menunggumu

wahai insan yang terpelihara,
kasihnya dia penuh penjiwaan
jangan di balas meminta balasan
jadilah diri dengan penuh keikhlasan
memberi bahagia buat orang tersayang

wahai insan yg disayangi,
perginya dia tiada galang ganti
jangan kau sakiti hatinya yang suci
jika mintamu tidak di maafi
tiada tempat buatmu di JANNATI .


1 comment :

  1. sungguh indah madahmu berceritera
    dedikasi buat ibu tercinta
    hati mendengar terpaut sudah
    buat pedoman untuk diriku jua

    ReplyDelete