Thursday, December 26, 2013

dari mata !!

mata ?
walaupun aku berkaca mata ,
tapi tidak semestinya aku buta dalam menilai cinta ,
kerana ia dapat di rasa ,
walaupun tiada di depan mata ,

kadang kadang ia umpama kaca ,
walaupun terhiris sikit tapi tetap terluka ,
akhirnya ia dibalut jua ,
dan di situ kelembutan mula dirasa ,

walaupun kesan tertinggal jua ,
tetapi hilang dengan tiba tiba ,
bila keikhlasan mula di rasa ,
dan hanya kesetiaan yang aku pinta ,
supaya kelak bersama jua ,

ALLAH memberi kita merasa ,
supaya kita tidak terlupa ,
jangan pula kau lalai dan leka ,
tatkala mengejar apa itu CINTA ,

dia datang untuk menduga ,
menguji kerelaan untuk menerima ,
jika jahat yang kau rasa ,
jangan sesekali kau dekatinya ,

cucu ADAM ummat MUHAMMAD ,
pelihara diri agar terhormat ,
supaya kita akan terselamat ,
dan di akhirat mencapai nikmat ,

sesungguhnya cinta sejati itu suci ,
walaupun kamu tidak memilikki ,
bukan bermakna kamu di benci ,
tetapi cinta di JANNAH menunggumu nanti ,

aku pasrah apa kata hati ,
walaupun ku tahu akan menyakiti diri ,
sebabku tahu janji ILLAHI ,
hanya di JANNAH kekal ABADI ..

cinta dengan penuh makna !

cinta ,
seandainya peluang itu hadir tanpa diduga ,
pelihara larh ia dengan penuh rasa ,
TAPI jangan pernah lalai bila melayannya ,

cinta ,
hadirmu umpama senja ,
tatkala menanti malam tiba ,
walaupun nampak tidak bercahaya ,
tetapi keindahan yang dapat di rasa ,

hadirmu indah ,
jika di sulam dengan penuh keikhlasan ,
menghargai pula dengan penuh ikhsan ,
melayannya dengan kelembutan ,
dan menjaga dengan penuh ketaatan ,

cinta ,
kamu muncul bila bila masa ,
kadang kadang dengan cara tak merasa ,
padahal kamu ada di depan mata ,
adakah itu suratan dari sang pencipta ,

cinta ,
jangan kamu hadir untuk menoda ,
kerana kamu juga turut dicipta ,
biar kita sama sama menjaga ,
supaya tidak terlalai dan terleka ,

cinta ,
jangan kamu biar nafsu menguasai ,
kerana kelak binasa diri ,
biarlah ia di restui ,
hingga ke jannah kekal abadi ,

sesungguhnya cinta itu suci ,
bila disulam dengan cara berbudi ,
biar kita sama menghargai ,
kerana itu anugerah dari ILLAHI ..

gabungan CERITA ..

SEINDAH SABARMU kumenanti dan ANDAI ITU TAKDIRNYA akan ku terima jika JODOH ITU MILIK KITA dan akanku SETIA HUJUNG NYAWA bersamamu di bawah TEDUHAN KASIH yang ditetapkan olehNYA. susah sangatkah kau mahu KATAKAN KAU CINTA padaku ?? andai TERLEWAT CINTAKU ku mohon maaf kerna sekarang baruku tahu KU CINTA KAU SEORANG seperti cinta ADAM dan HAWA yang sentiasa bersama, umpama OMBAK RINDU membadai pantai dengan penuh kasih sayang. aku tahu ak hanya KAMPUNG GIRL tapi aku LOVE YOU MR.ARROGANT. jangan kau LANGGAR dan LARI dari MENCARI CINTA dan mengejar CINTA HALAL sebab itu merupakan SALAM CINTA dari BALADA PENCINTA. SEKALI LAGI aku bagitau kepada dirimu yang aku bukan AZURA dan AKU BUKAN TOMBOY. 99X RINDU aku hulurkan buat dirimu yang teristimewa. walaupun SEDETIK CINTA yang kau berikan dan HANYA PADAMU ku beri penuh pengharapan. ANDAI AKU TERIMA NIKAHNYA secara automatik SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA bukan BUDAK HOSTEL lagi . sebenarnya BUKAN KERANA AKU TAK CINTA tetapi ada DURI dalam CINTA KAU DAN AKU. walaupun ku tahu tu UTUSAN ILLAHI tapi itukan KONTRAK CINTA. ok ak janji yang hanya KAU TERCIPTA UNTUKKU dan TIADA YANG DUA lagi dan ku harap MAHARKU UNTUKMU. wlauapapun terjadi kita perlu ada LANDASAN CINTA supaya kau kekal jadi KEKASIH AWAL DAN AKHIR . dengan penuh pengharapan LEPAS RAYA HARAP BALAS ye ?? hanya 100 HARI lagi jangan pulak kau JAUH dari diriku k .

#moodtaktentu #gabungansemuacerita #hahahaaha

sabarlah wahai HATI

sabarlah wahai HATI ,
kerana ia selalu tersakiti ,
jangan pernah mengejar yang tak pasti ,
kerana itu membuat kamu TERLUKA nanti ,

sabarlah wahai HATI ,
dalam mengejar CINTA SEJATI ,
kerana aku pasti ,
kelak nanti tentu ditemui ,

sesungguhnya mohon larh pada ILLAHI ,
kerana pasti DIA akan memberi ,
setiap apa yang engkau HAJATI ,
kerana DIA maha memahami ,

jangan kau lupa apa yang dia JANJI ,
kepada hambaNya yang mentaati ,
sesungguhnya itu pasti ,
cuma perlu sabar dan lihat apa yang bakal terjadi nanti ,

sabarlah wahai HATI ,
jangan pernah ikut KEMAHUAN DIRI ,
aku bimbang takut engkau DIMURKAI ,
oleh rakusnya keadaan DUNIAWI ,

sesungguhnya sama-sama kita menghormati ,
apa yang DIA suruhi ,
supaya kita mencapai KETENANGAN HATI ,
bukan menyimpan keadaan memBENCI ....

Monday, December 9, 2013

cinta punya rasa !

CINTA tak memerlukan mata untuk melihat tapi memerlukan rasa untuk merasa kehadirannya. sesungguhnya perasaan itu pernah hadir saatku menemuimu SAYANG. tetapi kenapa sekarang harus aku abaikan perasaan itu padahal ku tahu hatiku meronta kegelisahan tika berjauhan denganmu. walaupun ku tahu itu berlaku atas kesalahanku tapi aku hanya mampu berdoa agar ALLAH terus melindungimu SAYANG. hatiku PERIH jiwaku PEDIH tuk aku menanggung semua ini. tapi ak anggap ini semua ujian dari ILLAHI atas salahku terhadapmu KASIH. andai dapat aku putarkan saat waktu takkan ku biar dirimu berlalu pergi tanpa diriku di sisimu. walaupun hanya kekesalan yang menghantui hidupku tapi aku mengharapkan BAHAGIA kan jadi milikmu sayangku. ku tahu berat bagiku tu terima semua ini tapi aku pasrah dengan ketentuan ILLAHI . sesungguhnya aku amat mencintai dan merindukanmu . andai kau dapat dengar degup jantungku saat ini andainya kau dapat rasa hembusan nafasku tika ini  kau akan mengerti apa kehendak hatiku sayangku. hanya kekesalan yang mengajar aku tuk terima kenyataan bahawa kamu bukan lagi buatku. andai kau tahu setiap sujudku ada namamu adakah kamu akan kembali kepadaku.? walaupun sakit yang kurasa cuma kegembiraan dan kebahgiaan yang aku mahu kamu rasa ! semoga kamu bahagia sayang , aku doa agar kamu ditempatkan di SYURGA !!

kesal

memang sakit bila dipinggirkan . tanpa rasa salah aku diperlakukan sebegini . APA SALAH AKU KAT KORANG ? mungkin aku x sebaik korang mungkin aku x sehebat korang tapi kenapa harus diperlakukan begini ? andai aku ada salah tegur ak dengan betul caranya . bukan dengan menidakkan ak sebegini rupa . jiwaku meronta bagaikan ombak tat kala diperlaku begini . mmg susah untuk dimengerti apa kata hati ku saat ni apatah lagi untuk mengerti kata hati korang kan . mmg aku x pernah menyangka begini yg akan aku terima sedangkan dulu hanya aku tempat kamu berkongsi cerita . tapi adilkah untuk aku menerima semua ini wahai kawanku . adilkah untukku !!

Thursday, October 10, 2013

ANDAIKU TAHU !!!

andaiku tahu ak akan meninggalkanmu awal sebelum kau tinggalkanku kau jagalah nilai persahabatan yang dan terjalin indah. semoga keakraban di antara kalian akan sentiasa mekar berkembang dalam jambangan indah hatimu. andaiku mampu jadi yang terbaik buatmu akanku coba untuk tidak terus menyakiti hatimu SAHABAT. andaiku punya kuasa xkan ku biarkan di antara kita terpisah walaupon sentiasa bertikam lidah. andaiku tahu ak akan pergi ak akan sentiasa menyenangkan hatimu wahai SAHABAT. ku bukan insan yang kuat yang mampu menangani semua dugaan dengan penuh tabah tapi ku coba untuk terus menjadi seorang yang kuat dengan penuh ikhlas supaya ak akan terus menemanimu wahai SAHABAT.

buat insan teristimewa, aku harap kamu tahu niatku tulus mencintaimu kerana ALLAH.. jika aku di takdirkan pergi dulu sebelummu aku mahu kau tahu yang ak benar-benar mencintaimu. jikaku pergi dulu sebelummu ak harap cintaku tetap bersamamu. ak mahu dirimu tetap bahagia walaupon bukan denganku. ak sentiase mendoakanmu agar kamu sentiasa bahagia walaupon ak sudah tiada di matamu dan ak harap ak terus bersemadi di jiwamu.  separuh jiwaku ada padamu sentiasa, separuh jiwaku ada padamu selamanya.. cinta sejati xkenal erti lelah dalam diri . supaya dapat mencipta kebahagiaan yang abadi ..

Monday, September 30, 2013

CINTAKU BUKAN MURAH







I LOVE..LOVE..tiz Awesome Novel...

Nadra Raihana~ mempunyai sifat yang berani,baik dan penyabar.....Berani,sebab dia boleh melamar Raqib....!!
Nadra melamar Raqib untuk berkahwinan dengan dia kerana along Nadra mahu jodohkan Nadra dengan Ghazlan tetapi Nadra tak mahu. Raqib terkejut dengan lamaran Nadra tetapi Raqib tetap terima kerana tidak mahu kehilangan kawan baiknya dan tidak mahu Nadra berkahwin dengan lelaki gatal tu.

Raqib- Dia macam tak tetap pendirian...Dia macam percaya dengan Nadra tapi at certain time dia macam gelabah sendiri bila da silap...Sepajang perkahwinan hubungan mereka sangat baik, Nadra dan Raqib mula mencintai antara satu sama lain tapi Raqib tak mampu luahkan rasa cintanya itu...Masing2 pendam rasa. Nadra,Terlalu Baik sebab mampu bertahan dengan perangai Idlan (sape2 jadi kakak ipar dia mmg stress)....Idlan,Derhaka giler..Nadra sabar dengan karenah Raqib yang cemburu dengan Ghazlan.Kadang2 meroyan sendiri.

Nadra sering terasa terasing didalam keluarga Raqib kerana adik ipar dan tok Raqib tidak menyukainya. Adik ipar nya sering rasa cemburu dengan Nadra kerana merampas abangnya dan dia terpaksa berkongsi kasih sayang abangnya. Tok Raqib pula selalu menguji kesabaran Nadra, setiap apa yang Nadra lakukan semuanya tidak betul bagi tok Raqib dan tok Raqib sering membandingkan Nadra dengan anak Lebai Senin iaitu calon cucu menantu pilihannya. Setiap dugaan yang dihadapi oleh Nadra dapat dielakkan dengan disokong suaminya dan Nadra sering cuba membeli jiwa adik ipar dan tok Raqib. Dia mahu mereka menerima dan sayangkan dia seperti ahli keluarga. Anak bos mereka Shana pula sering ambik peluang untuk mengorat dan perhatian Raqib. Shana mula terpikat dengan Raqib setelah suaminya itu berpindah ke HQ di Kuala Lumpur disebabkan polisi syarikat tidak membenarkan suami isteri kerja bawah satu bumbung....

Mcm2 Idlan buat supaya Nadra berambus dari rumah itu..Sampai ler,Idlan Fitnah Nadra pada Umi n Abgnya...teruk bergaduh...Too Sad... Nadra,balik rumah nk kemas2 baju n keluar rumah..until,Idlan provoke her again.Tats's whr Nadra pekik pat Idlan n Idlan terus Terdiam!! Nadra nk keluar,Idlan halang tapi tk sengaja tertolak Nadra jatuh Tangga...she keguguran n at e same tym Along dia meninggal dunia bila Nadra tk sedarkan diri...she nvr get to see Along for 1 Last time...she lak da Hilang Raqib sejak Raqib ckp yg Raqib tk pernah sayangkan Nadra.....

Raqib Anaqi. Dalam sabar, ada barannya. Dalam lembut, ada kerasnya. Sangat manis bila punya peluang. Berhemah bila berkata. Dan sangat sepadan untuk seorang isteri seperti Nadra. Dan ya, tak ada orang yang sempurna dalam dunia ni. Raqib juga ada kelemahannya - Idlan. Mungkin kerana terlalu merasakan dia adalah pengganti ayah kepada Idlan, terkadang dia terlupa, terkadang luar sedar dia kecewakan sekeping hati Nadra. Bukan dia tidak sayangkan Nadra, cuma..
Raqib ini adalah antara hero dalam novel yang sangat sangat sangat sweet orangnya. Confirm U will fall in love setiap kali baca part Raqib dan Nadra...

Nadra pula memang padanannya Raqib. Bila Raqib mula panas, dia tahu untuk tidak turut panas. Cuma terkadang, dia terlalu selalu mengalah. Sukanya pada watak Nadra sebab walaupun dia selau mengalah, sampai masa dan ketikanya, dia tahu bila untuk tidak perlu terus mengalah dan berdiri untuk haknya sendiri. Betul. Lembut itu perlu bertempat dan kena pada gaya....

"Padahal, kalau untuk Ara, cinta abang tak mahal. Murah aje abang jual. Tapi untuk Ara ajelah. Kalau orang lain nak beli, sorry.. dah sold out."

ANDAI DIA JODOHKU ..







“She’s really like her…”
“But she’s not her. They are different person.”

Muhd Zarul Zikuan dan Nur Airisya Balqiss, pertemuan yang sering membawa pergaduhan. Tapi bagi Zarul Zikuan, Balqiss mengingatkannya pada masa lalu. Dan bagi Balqiss, Zarul Zikuan pembawa malang. Inilah jadinya bila singa betina jumpa orang gila dari planet aneh! Bumi yang jadi mangsa pergaduhan.

Mamat sengal, singa lapar atau macam-macam lagi gelaran diberi. Pergaduhan demi pergaduhan berlaku antara Zarul Zikuan dengan Balqiss, membuatkan kepala sahabat-sahabat mereka sendiri jadi pening.

Satu kejadian membuatkan mereka diikat. Membuatkan Zarul Zikuan jadi suami. Membuatkan Balqiss dibuang keluarga. Ikut membawa banyak perubahan dalam diri mereka. Adakah ikatan mereka diterima oleh orang-orang di sekeliling? Macam mana pula dengan perangai playboy Zarul Zikuan? Siapa pula Akma di masa lalu Zarul Zikuan? Dan bagaimana perasaan Balqiss apabila mendapat tahu dia hanyalah pengganti Akma dalam hati Zarul Zikuan kerana dia iras sekali dengan gadis itu?

“Awak kena sedar, Zarul. Saya yang kat depan awak ni Nur Airisya Balqiss bt Halim. Bukan masa lalu awak dan saya tak ada kena-mengena dengan masa lalu awak tu.”

Andai Dia Jodohku... Adakah mereka memang sudah dijodohkan? Kuatkah berhadapan dengan insan-insan yang berdendam dan tidak henti-henti menggoyahkan hati mereka? Mampukah Balqiss memenangi hati suami, mertua dan memenangi kembali hati kedua-dua orang tuanya? Atau, mungkinkah Balqiss akan kalah dengan bayang-bayang Akma yang selalu ada antara dia dengan Zarul Zikuan?


http://yeenazreen1.blogspot.com/  

Sunday, September 29, 2013

ketawa sakan

aduhhh !,, malam ni rumet buat giler lar plak . smua kawan ak mai blik suka sampai sakit perut r . ntah nape dia buat gila malam ni . macam2 idea dia ad, macam2 citer dia gtau smpikan kami semput nak suka . citer dari kecik sampai besar patah balik ke zaman kecik balik .. ntah lar nape jadi camni ari luruh pusat dia kot..haaha .. mengong sangat dia malam ni . macam gaya picture dia ak ambik.. hahah.. macam mak nenek lar, macam bidan lar, semua ada utk tatapan gelak kitorang .. ak pon dah xtau nak ckp pe ni . ak saje je ni sblm ak tdoo saje nk share dalam blog ak ni . xde ape pon sbnrnya. huhuh.. nak taip ayat indah2 pon dah xde idea dah mlm2ni .. idea abiz dah kuar sebab terlalu banyak ketawakan sampai x engt dunia. haha.. ok lar sampai cni jer k .. 6t kita jumpa lagi bloggers .. babaii .. selamat malam .. dah sampai detik 1:42 a.m .. so jom lar kita tduqq !!! switt dream ..

pengubat HATI

Bukan mudah untuk di laksanakan oleh hati, bukan mudah untuk buat apa yang ada di hati, sesungguhnya sukar untuk mentafsirkan apa kata hati !!. Justeru, raikan hati dengan sulaman keindahan supaya hati rasa di muliakan. Andaiku tahu apa yang terjadi takkan ku coba ungkapi apa yang menyakitkan hati. sesunguhnya ia amat perit untuk dihadapi. Bagaimana ingin mencapai nikmat jannati jika hati selalu di sakiti dan di benci ? Andaiku turut rasa hati akan binasalah diri. Sesungguhnya KEIMANAN dan KETAQWAAN adalah pegangan diri. Yang AGUNG harusku TAATI, yang Tua harusku  HORMATI, yang indah harusku hayati, yang mulia harusku sayangi,. Andai semua senang sepertimana aku tulisi,, sungguh indah ciptaan ILLAHI. Ohh TUHAN ! apa yang harus ak lalui dengan dugaan yang aku hadapi ? aku percaya pada diri dengan takdir ILLAHI akanku coba untuk penuhi hajat di HATI .

Saturday, September 28, 2013

KASIH IBU tiada terperi

wujudnya aku kerana hebatnya KAMU
lahirnya aku kerana sabarnya dirimu
andaiku lihat peritnya menahan sakit
xkan sekaliku buat hati mu rasa perit

wahai insan,
9 bulan menahan sakit, lapar, dahaga
sedetik lahir terserlah ceria di mata
anugerah tuhan pengubat luka yang perlu di jaga
di saat wujud menyambar di bumi yang nyata
bermulalah lahir permata pengikat cinta

duhai insan,
andaikau tahu setianya dia di kala malam bertamu
xkan dirimu membuat dia rasa jemu
andaikau tahu kasihnya dia bila merindu
xkan kau buat dia untuk menunggumu

wahai insan yang terpelihara,
kasihnya dia penuh penjiwaan
jangan di balas meminta balasan
jadilah diri dengan penuh keikhlasan
memberi bahagia buat orang tersayang

wahai insan yg disayangi,
perginya dia tiada galang ganti
jangan kau sakiti hatinya yang suci
jika mintamu tidak di maafi
tiada tempat buatmu di JANNATI .


supper .

ayoyoo !! supper toningt dgn moi sup ,,kawan ni ade je makanan yang dia bawak . stresss !! org lain dah sedap lena tapi kami masih mencari sumber yang kami sndri x tau ape sumber yang kami cari ..hahaha .. so BLANK !!

penawar rinduku